Khairuddin Cabar Jamal Yunos Ludah Tangannya Dahulu!!

Macam biasa laaa… Budak suruhan Tun Dr Mahathir ni pasti akan muncul tatkala bossnya diusik! Bekas pemimpin UMNO, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata sebelum ketua gerakan Baju Merah, Datuk Jamal Yunos nak ludah tangan Tun Mahathir… Dia cabar Jamal untuk ludah tangannya dulu.

Yela, sebelum nak ludah tangan tuan besar kena ludah tangan macai dan kuli Tun Mahathir dulu… Amboiii, setia betul Khairuddin ni pada tuan dia… Patut la hingga sekarang Khairuddin dianggap budak suruhan paling disayangi.

Bagi Khairuddin… Tindakan Jamal yang mahu meludah tangan bekas perdana menteri tersebut, dianggap sebagai satu tindakan yang sangat memalukan… Mengaibkan orang lain… Malah dilihat ‘haprak’ oleh Bangsa Melayu.

Kelakar pulak… Kalau ludah tangan dikatakan mengaibkan… Tapi kalau sebar fitnah… Caci maki… Sembur perkataan kesat, takpe pulak! Bila orang lain buat boleh pulak pertikai itu dan ini.

Konon UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan terkubur pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak, akibat daripada tindakan Jamal yang dianggap menambahkan kebencian rakyat terhadap parti Melayu itu.

Mungkin Khairuddin rasa tercabar dan panas hati apabila Jamal meluahkan kekesalannya yang bersalaman dengan Tun Mahathir… Malah mencium tangannya sebelum ini. Bagi Jamal, Tun Mahathir sudah tak layak untuk terima layanan sedemikian dan hanya layak diludah tangannya.

Disebabkan panas telinga apabila dengar yang tangan tuannya bakal diludah… Itu yang Khairuddin meroyan dan cabar Jamal untuk ludah tangannya dulu. Haha.. Nak sangat si Jamal tu ludah tangannya… Takut bukan setakat tangan tapi sekali muka Jamal ludah nanti.. Hahaha!! – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s