Kemiskinan Di Kalangan Masyarakat India Akan Dihapuskan

Kerajaan komited menghapuskan kemiskinan dalam kalangan masyarakat India, termasuk menangani isu keciciran pendidikan khususnya di peringkat sekolah menengah dalam usaha memajukan komuniti itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam usaha mencapai matlamat itu, kerajaan perlu mengekang mereka daripada terjebak dengan gangsterisme.

“Dalam perbincangan yang diadakan sebelum ini, kita mahu masyarakat India di negara ini mempunyai pekerjaan sekali gus mengelak daripada aktiviti gangsterisme.

“Tidak ada bangsa yang mahu menjadi gangster. Selagi saya menjadi Menteri Dalam Negeri, saya akan bekerja keras membanteras gangster kerana kita mahu negara ini aman,” katanya..

Menurutnya kerajaan, pemimpin masyarakat India dan badan bukan kerajaan (NGO) juga mempunyai pelbagai rancangan untuk menjaga kelangsungan status sosial dan kebajikan komuniti India di negara ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid meminta parti politik dan NGO yang mewakili masyarakat India di negara bersatu supaya hak dan kebajikan kaum itu terus dibela.

“Ketepikanlah sebarang perbezaan politik, agama, budaya, bangsa tidak kiralah Telegu, Tamil, Malayalam ataupun Punjabi…bersatu padulah dalam kehidupan dan harus mengetepikan semua perbezaan.

“Kita berada di bumi Malaysia, keturunan itu penting tetapi yang lebih penting, kita adalah rakyat Malaysia yang taat setia di mana bumi berpijak di situ langit dijunjung,” katanya.

Ahmad Zahid berkata masyarakat India amat beruntung kerana kebajikan mereka sentiasa menjadi keutamaan kerajaan, termasuklah dalam Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini..

Menerusi bajet itu, kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM50 juta untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

“Malah, Perdana Menteri turut memberikan peruntukan yang lebih besar untuk pinjaman mikrokredit dan saya harap masyarakat India yang ada bakat menjadi usahawan, gunakan ini untuk majukan diri dan keluarga,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s