Azmin Gunakan Nasi Lemak Anak Dara Untuk Salahkan Kerajaan

Nasi Lemak Anak Dara semakin popular setelah Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali berkunjung ke gerai berkenaan untuk melihat perkembangan pengusaha gerai tersebut setelah disaman kerana berniaga tanpa lesen. Kononnya beliau mahu dilihat prihatin mengenai masalah rakyat, tetapi masalah yang lebih besar seperti masalah air sebelum ini tidak dihiraukan.

Mungkin disebabkan gelaran ‘anak dara’ itu yang buatkan, Azmin cepat bertindak untuk menyelesaikan masalah lesen perniagaan berkenaan. Dalam bajet 2017 juga nasi lemak anak dara turut dipetik oleh DS Najib Razak kerana Azmin dilihat memberikan perhatian khusus kepada pengusaha nasi lemak tersebut sebelum ini. 

Kali ini melalui akaun Twitter Azmin Ali, beliau telah memuat naik status bodoh dengan mengatakan Najib singgung aktiviti Nasi Lemak Anak Dara. Pengusaha tidak dapat pekerjaan disebabkan ekonomi negara lumpuh akibat kecurangan 1MDB. Hakikatnya Najib hanya bergurau dengan menyatakan nama nasi lemak anak dara, beliau juga kagum kerana pengusaha nasi lemak turut mempunyai pendidikan tinggi.

Sebaliknya Azmin tiba-tiba meroyan dan mendakwa ekonomi negara teruk sehingga menyebabkan pengusaha nasi lemak itu tidak dapat pekerjaan. Sebelum ini wanita muda itu telah memuat naik satu video mengenai bidang kerjaya yang diceburinya, dan beliau sendiri mengakui selesa bekerja sendiri serta minat terhadap bidang perniagaan.

Masalah ekonomi negara atau isu 1MDB tidak ada kaitan sama sekali dengan kerjaya yang dipilih oleh pengusaha nasi lemak anak dara. Status Azmin itu dilihat mahu menarik minat rakyat atau sengaja mencipta lawak jenaka baru bagi meningkatkan popularitinya yang semakin hambar. 

Azmin seperti mahu menggunakan nama nasi lemak anak dara untuk berpolitik. Nampak sangat Azmin sudah kering idea untuk mencari isu bagi menyalahkan kerajaan sedia ada. Mungkin juga Azmin terasa dengan tindakan Najib yang menyentuh mengenai nasi lemak anak dara kerana semasa rakyat sedang menghadapi krisis air, beliau tidak turun padang tetapi hal anak dara cepat pula Azmin turun membantu. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s