Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Semporna Dihadiri Lebih 3000 Orang

Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Semporna yang berlangsung hari ini dihadiri lebih 3,000 para pewakilan dan ahli UMNO bahagian itu.

Kehadiran itu sekali gus menyangkal dakwaan UMNO bahagian itu bermasalah dan terkubur ekoran tindakan bekas Ketua Bahagian, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal beralih arah dan tidak lagi bersama parti.

Suasana sesak dan penuh Dewan Masyarakat Semporna itu juga membuktikan sokongan ahli akar umbi kepada parti keramat Melayu itu masih kuat dan utuh. 

Malah, ini merupakan sejarah pertama apabila persidangan perwakilan UMNO bahagian itu bersidang tanpa Mohd. Shafie sejak 25 tahun. 

Perasmian persidangan perwakilan yang bermula tepat pukul  yang dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Yang turut hadir, Setiausaha Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Yahya Hussin; bekas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai serta Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran.

Sebelum perasmian, Hishammuddin berkesempatan menyaksikan upacara menaikkan bendera UMNO di pekarangan dewan dengan diiringi lagu keramat Melayu UMNO. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s