#Bajet2017 : Belanjawan Yang Berpijak Dibumi Yang Nyata

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Bajet 2017 sebagai “belanjawan berpijak di bumi yang nyata” kerana ia mengambil kira kemampuan kewangan kerajaan yang sedang berdepan ketidaktentuan ekonomi global.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah belanjawan yang amat prihatin kepada semua sektor dan golongan rakyat, walaupun mengalami pengurangan hasil daripada sumber petroleum.

“Di sebalik kepayahan ekonomi dan kedudukan yang tidak menentu hari ini, kerajaan masih mampu memberikan belanjawan yang terbaik untuk rakyat.

“Walaupun tahu kehilangan sumber daripada petroleum, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan masih mampu memberi belanjawan yang memberi tumpuan kepada semua pihak.

“Saya dan ahli Jemaah Menteri berterima kasih dengan belanjawan yang diberikan. Ia satu belanjawan yang memijak di bumi yang nyata,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen selepas pembentangan Bajet 2017 selesai..

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana menyediakan peruntukan yang agak tinggi kepada kementeriannya bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan membeli pakaian untuk anggota RELA.

Mengulas mengenai TN50, beliau berkata, ia adalah pelan jangka kerajaan bagi membantu generasi muda dan akan datang khasnya generasi Y, Z dan Alpha untuk turut serta memeta hala tuju perjalanan negara menjelang 2050.

“Ini kerana negara akan meraikan sambutan kemerdekaan yang ke-100 pada 2057, maka ia adalah pelan untuk membantu generasi akan datang membentuk masa depan negara mengikut acuan dan kehendak mereka,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s