#Bajet2017 Begitu Bermakna Kepada Masyarakat Luar Bandar

Pembentangan Bajet 2017 kali ini merupakan satu hadiah yang begitu bermakna kepada masyarakat luar bandar.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengumuman itu memberi faedah yang besar kepada penduduk di luar bandar yang me­rangkumi semua faktor termasuk perumahan penduduk.

“Bagi insentif pula bukan hanya golongan pesawah, nelayan sahaja yang menerima faedah tetapi turut merangkumi penoreh getah dengan pengumuman Bantuan musim tengkujuh.

“Saya yakin elaun ini memberikan kelegaan kepada para penoreh getah yang sukar menoreh getah jika tiba musim hujan,” katanya di lobi Parlimen ketika ditemui..

Menurut Ismail Sabri, beliau yakin kerajaan mampu melaksanakan Bajet 2017 walaupun pemimpin pakatan pembangkang bertindak memperlekehkan bajet tersebut.

“Sebelum ini pun pakatan pembangkang menuduh kerajaan tidak mampu melaksanakan Bajet 2016 namun kerajaan buktikan mampu melakukannya. Prinsip janji ditepati merupakan pegangan kerajaan dan kita akan laksanakan apa yang kita janjikan,” jelasnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s