Tindakan Universiti Ambil Tindakan Pada Mahasiswi Talibarut DAP Disokong Rakyat

5-copy

Perbuatan seorang pelajar tahun akhir jurusan Bahasa dan Linguistik dari Universiti Malaya yang menganjurkan demonstrasi memburukkan kerajaan serta mengutuk kepimpinan negara baru-baru ini, amatlah keterlaluan dan perlu dikenakan tindakan tegas.

Justeru itu keputusan pihak pengurusan Universiti Malaya yang memberikan surat tunjuk sebab kepada Penganjur #TangkapMO1, Anis Syafiqah Md Yusof dianggap satu keputusan yang sangat tepat.

Keputusan pengurusan Universiti tersebut diharap tidak terhenti setakat surat tunjuk sebab sahaja, tetapi biarlah sehingga pelajar berkenaan dikenakan tindakan tegas demi menjaga nama baik Universiti.

Imej Universiti Malaya perlu dijaga dan jangan sampai rakyat menganggap Universiti berkenaan menjadi ‘tempat pembiakan’ dan ‘pusat latihan’ ejen pembangkang didalam negara.

Jika dibiarkan perbuatan mengutuk kerajaan itu berlarutan, rakyat pastinya akan beranggapan pihak Universiti tersebut tidak tegas didalam menangani masalah kecelaruan pemikiran para pelajar-pelajarnya.

Tindakan tegas juga sangat perlu diambil terhadap pelajar-pelajar yang melampaui batas, memandangkan Universiti Malaya kini menjadi tumpuan pihak pembangkang untuk merekrut mahasiswa/mahasiswi bagi menjadi ‘balaci’ mereka.

Sebelum ini, seorang pelajar UM iaitu Fahmi Zainol yang berdemonstrasi menghasut mahasiswa agar membenci kerajaan, telah dikenakan tindakan gantung 2 semester dari meneruskan pengajian.

Fahmi ketika itu mengetuai kira-kira 500 mahasiswa, bertindak agresif merempuh pagar universiti terbabit bagi menghadiri satu majlis pidato yang dihadiri ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – BigB/Utaranews

One thought on “Tindakan Universiti Ambil Tindakan Pada Mahasiswi Talibarut DAP Disokong Rakyat

  1. Singkirkn terus he plajar2 ni .. Biaq jadi pengajaran
    Mak bapak suh belajar.. Depa jadi pencacai pembangkang yg bangang…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s