#SuriHatiMrPilot : Neelofa Akan Merindui Fattah Amin

crmnoixuaae0jqq

Sebelum drama ‘Suri Hati Mr.Pilot’ ditayangkan di Astro Ria, teaser dan iklan mengenai drama ini memang dah mendapat sambutan ramai.. Ramai yang ‘excited’ nak tengok drama tu! Lebih-lebih lagi bila pelakon utama, Neelofa dan Fattah Amin sering muat naik gambar kemesraan dorang bersama..

Gara-gara kemesraan terlampau dorang yang sering dimuat naik di laman sosial untuk mempromosikan drama tersebut, ramai yang menganggap pasangan tu benar-benar bercinta.. Tapi gosip dorang bercinta sudah terjawab selepas Fattah Amin mengeluarkan kenyataan sebanyak dua kali, yang menafikan dia sedang bercinta dengan Neelofa..

Biasa lah menjadi pelakon mesti pandai ‘pancing’ orang ramai untuk menonton drama dorang.. Kalau tak, macam mana nak dapat sambutan hangat kan.. Betul tak?? Baru-baru ni, penggambaran drama popular tu dah tamat..

Tapi apa yang menarik perhatian Miss, ialah video ucapan terakhir Neelofa buat Fattah yang dimuat naik di laman sosial.. Sampai kesudah pasangan ni dok tunjuk sweet dorang, tak menghairankan lah bila ramai yang beranggapan dorang tengah bercinta.. Tak sudah-sudah nak menipu peminat!

Dalam video tu menunjukkan Neelofa mengucap terima kasih kepada peminat yang menonton drama dia dan Fattah, itu tak menarik sangat.. Yang menariknya tu, ayat last sekali bila Neelofa dengan gediknya mengatakan yang dia bakal merindui Fattah Amin..

Gedik sungguh lah Miss tengok Neelofa ni, malu-malu kucing konon selepas cakap kata rindu tu.. Rindu lah sangat! Bila ditanyakan ada apa-apa dengan Fattah.. Pandai pulak dorang menafikan!! Ini boleh pulak nak mengucap kata-kata rindu bagai, sengaja lah tu nak menimbulkan salah faham lagi.. Gedik lebih!! – MissHana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s