Ramasamy Tuduh Kerajaan Pusat Abaikan Sekolah Tamil Di Penang

1-copy

Walaupun sudah diberikan pelbagai kemudahan dan bantuan serta 28 buah sekolah Tamil dibina di P.Pinang oleh kerajaan pusat, DAP masih lagi mendakwa pendidikan masyarakat India di negeri ini diabaikan.

Dalam satu kenyataan kepada media, TKM P.Pinang, Prof Ramasamy mendakwa kerajaan BN mengabaikan kebajikan sekolah Tamil di P.Pinang dan tidak prihatin kepada pendidikan masyarakat tamil.

Ramasamy juga mendakwa, permohonan untuk membina sebuah sekolah menengah Tamil di negeri ini tidak dibenarkan selepas permohonan dibuat 3 tahun lalu.

Beliau juga mempersoalkan tentang kewujudan sekolah menengah cina dan inggeris swasta, tetapi tiada langsung sekolah menengah Tamil di P.Pinang.

Ramasamy kemudiannya menuduh ketiadaan sekolah menengah Tamil di negeri ini sebagai satu mainan politik oleh kerajaan persekutuan, dan menempelak Timbalan Menteri Pendidikan diatas kesalahan tersebut.

Kenyataan oleh Timbalan Ketua Menteri P.Pinang ini sebenarnya sangat dangkal kerana kerajaan BN telah memperuntukkan RM3.9 juta pada seluruh sekolah Tamil didalam negara pada tahun ini.

Lagipun, populasi masyarakat India di P.Pinang yang hanya 10 peratus dari keseluruhan penduduk negeri ini juga dilihat sebagai antara sebab mengapa sekolah menengah Tamil tidak menjadi keutamaan di negeri ini.

Presiden Majlis Belia India Malaysia, Sivabalan Muniandy ketika dihubungi media berkata, DAP P.Pinang bersikap tidak adil kerana menuduh kerajaan pusat tidak memberi layanan sama rata pada masyarakat India.

Sumbangan jutaan ringgit kepada pembangunan pendidikan sekolah Tamil tahun ini, membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap sektor pendidikan masyarakat India keseluruhannya, ujar beliau. – Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s