Ragam ‘Student’ Melayu Yang ‘Demand’ Tinggi, Lepas Tu Acah-Acah Hidup ‘Struggle’

whatsapp-image-2016-10-21-at-10-39-57-am

Kalau sebut pasal ekonomi, ramai yang mengeluh kata ekonomi semakin jatuh dan perlu ‘struggle’ nak hidup? Susah nak makan la, ada yang sampai catu duit nak makan la, terutamanya golongan yang ‘struggle’ sangat tu student yang baru habis belajar..

Kalau yang student betul-betul susah itu Miss A faham.. Tapi yang jenis ‘bajet-bajet’ diri suci tu.. Padahal tengok ‘life sytle’ dah macam anak orang kaya, pastu dok menyalak perlu ‘struggle’ hidup..

Iyerlah, budak sekarang belum habis belajar lagi mak bapak dah belikan sebijik kereta kat anak masing-masing.. Alasan kononnya dorang susah nak pergi kelas, padahal boleh je jalan kaki atau naik kenderaan awam untuk pergi ke kelas.. Tak perlu nak susahkan mak bapak..

Bila dah dapat kerja, ingatkan nak senangkan hidup mak bapak.. Gaji pertama berlagak kaya lepak kafe mahal-mahal acah diri hipster, tengah bulan gaji habis minta mak ayah tolong ‘support’.. Macam ni yang dikatakan ‘struggle’ nak hidup?

Kalau jadi student tu tak payah nak demand tinggi sangat, kalau diri tu semua mak bapak yang tanggung.. Dari kecik sampai dah besar alam dah pun semua benda nak minta tolong kat mak bapak..

Nanti ko dah beranak cucu pun, tak cukup duit nak minta dengan mak bapak juga ke?? Kalau dah sedar diri tu tak berapa nak mewah, tak payah nak berlagak pergi minum kat kafe mahal-mahal..

Kalau korang hidup macam tu pun dah rasa diri tu susah sangat, cuba ko pandang ke bawah.. Ada orang yang hidup dia lagi susah dari hidup ko, tahu tak?

Ada yang pandai dalam pelajaran tapi tak dapat nak sambung belajar sebab tak ada duit.. Hidup senang macam tu pun tak reti nak bersyukur, tuhan tarik semua nikmat terus jatuh terduduk baru nak tahu erti penyesalan.. – MissA/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s