Guan Eng Dan DAP Perlu Berhenti Tipu Rakyat Penang

2-copy

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Zaidi Mohd Said hari ini menasihatkan DAP dan juga Kit Siang serta Guan Eng supaya berhenti menipu semua orang khususnya di P.Pinang.

Ini berikutan dari kenyataan Lim Kit Siang yang mendakwa pendirian DAP adalah membantu orang melayu terpinggir dan juga melayu luar bandar.

Zaidi menegaskan, DAP selama ini langsung tidak menyokong hak istimewa Bumiputera serta keistimewaan bangsa melayu sebagai penduduk majoriti dalam negara.

Kit Siang dan DAP sebelum ini lantang mempermainkan isu menidakkan keistimewaan hak bumiputera kerana mahukan kesamarataan kaum di seluruh negara.

Menurut Zaidi, ini adalah cara DAP menyebarkan fahaman pluralisme dan liberalisme terhadap masyarakat berbilang bangsa dan agama di Malaysia.

Selain itu, Zaidi menjelaskan bahawa DAP juga sering mempersoalkan keistimewaan bangsa melayu didalam urusan pendidikan, termasuklah pemberian biasiswa serta kuota pendidikan di UiTM dan MARA.

Rizab melayu serta urusan agama Islam juga tak terlepas dari pertikaian DAP yang menjadikan Perkara 153 Perlembagaan persekutuan sebagai bahan untuk mereka politikkan, ujar Zaidi.

Rakyat P.Pinang sudah sedia maklum dengan perangai sebenar DAP kerana mereka kini sudah dua penggal berada dibawah pemerintahan parti perkauman tersebut.

Di P.Pinang, kebanyakan kampung tradisional melayu menjadi mangsa kerakusan DAP yang lebih mementingkan projek pembangunan mewah bagi golongan berpendapatan tinggi.

Perkampungan Melayu seperti Kampung Tanjong Tokong, Kampung Mutiara di Batu Ferringhi dan Kampung Batu Uban menjadi bukti kezaliman kerajaan DAP negeri terhadap bangsa melayu di negeri ini.

Justeru itu, pendirian DAP yang dikatakan mahu membela nasib melayu terpinggir hanyalah omong kosong Kit Siang sahaja.

Anaknya sendiri iaitu Lim Guan Eng bukan sahaja sedang menzalimi orang melayu di P.Pinang, malah begitu rakus mengaut kekayaan negeri dengan menindas golongan bumiputera negeri ini. – Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s