#Bajet2017 : Tindakan Pembangkang Cemarkan Pembentangan Bajet 2017

Pembentangan Bajet 2017 hari ini dicemari tindakan biadap sebahagian besar Ahli Parlimen pembangkang, yang keluar Dewan Rakyat kira-kira 40 minit sebelum Datuk Seri Najib Razak selesai membentangkannya.

Tindakan itu disertai Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin selain Ahli Parlimen Pokok Sena daripada PAS, Datuk Mahfoz Omar yang mendakwa mengambil tindakan itu atas kapasiti peribadi.

Mereka keluar dari dewan sambil membawa plakad ‘#Siapa MO1?’, sebelum menemui media di lobi Parlimen.

Pembentangan bajet yang bermula jam 4 petang itu terhenti seketika, apabila pembangkang tidak puas hati dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa pembangkang bermain sandiwara kononnya Malaysia mengharungi ribut ekonomi yang sukar.

Ahli Parlimen pembangkang yang tidak berpuas hati terus berdiri dan mengangkat plakad ‘#Siapa MO1?’ selain cuba mengganggu pembentangan bajet sehingga memaksa Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia campur tangan.

“Ahli Yang Berhormat tolong duduk, Ahli Yang Berhormat ada peluang untuk membahaskan bajet ini, bukan dengan cara begini,” katanya.

Perdana Menteri kemudian mencelah: “Saya boleh simpulkan seperti berikut…kalau nak keluar, keluarlah, tak apa, nak keluar, keluar,”.

“Ahli Yang Berhormat daripada pembangkang, kalau tidak berminat untuk mendengar bajet dan dengan tabiat begini, sila keluar, sila…,” tegas Pandikar Amin.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan, berkata parti itu mengambil langkah berbeza dengan pihak lain dalam memperlihatkan sikap mereka terhadap bajet dan Perdana Menteri yang membentangkan bajet hari ini.

“Ada perkara yang kita tidak setuju dalam kandungan bajet namun cara kita ialah dengan mengemukakan pandangan dan hujah bantah secara ilmiah dalam perbahasan. Sebagaimana yang ada perkara yang baik untuk rakyat dan negara dalam bajet.

“Malah peraturan di Dewan Rakyat ini, jika kita tidak bersetuju pun dengan bajet, kita boleh memilih mengundi untuk menolak dalam sesi pengundian.

“Sikap PAS ini juga berasas Peraturan Mesyuarat 41(1)(e), masa seseorang ahli itu bercakap, semua ahli lain hendaklah diam dan tidak mengganggu dengan cara kurang adab,” katanya dalam satu kenyataan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s