#Bajet2017 : MCA Anggap Bajet Pembangkang Hanya Wayang Politik

3-copy

Belanjawan alternatif yang dibentangkan oleh Pakatan adalah wayang politik dan langsung tak mempunyai asas yang kukuh, kata Presiden MCA DS Liow Tiong Lai.

Ini adalah kerana belanjawan tersebut tidak munasabah kerana tidak mempunyai cadangan untuk menambahkan sumber pendapatan negara, selain dari retorik semata-mata.

Selain itu menurut beliau, cadangan pembangkang untuk menurunkan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar sifar juga sangat tidak masuk akal.

Liow juga membidas Pakatan pembangkang kerana tidak mampu mengemukakan kaedah mereka menguruskan kerajaan dengan berkesan didalam belanjawan tersebut.

Menteri Pengangkutan itu juga menjelaskan, janji Pakatan untuk membangunkan Sabah/Sarawak didalam belanjawan alternatif itu juga hanyalah janji palsu untuk meraih undi semata-mata.

Sebelum ini, Pakatan juga sering berjanji untuk menjaga rakyat jika mereka diberikan amanah untuk memerintah negara. Tetapi semua itu terbukti hanya janji kosong jika P.Pinang dan Selangor dijadikan sebagai kayu ukur.

Di P.Pinang misalnya, kerajaan DAP negeri terbukti gagal mengotakan janji mereka untuk menghapuskan Tol di Sungai Nyiur, walaupun sudah 2 penggal memerintah negeri ini.

DAP yang menguasai pentadbiran kerajaan negeri di P.Pinang juga menaikkan cukai sewenang-wenangnya sehingga menyebabkan golongan berpendapatan rendah di negeri berkenaan terhimpit.

Begitu juga di Selangor, bekalan asas seperti air tidak diuruskan dengan baik hinggakan rakyat negeri terbabit mengalami kesusahan dan berhadapan kesukaran akibat hal berkenaan.

Semua ini berbeza sekali dengan belanjawan yang setiap tahun dibentangkan oleh kerajaan Barisan Nasional, yang lebih kepada memfokuskan ekonomi berasaskan rakyat serta lebih realistik. – Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s