#Bajet2017 : Guan Eng Akan Laksanakan Gaji Minimum RM1500 Di P.Pinang

4-copy

Menurut sebuah laporan portal pro Pakatan Pembangkang iaitu http://www.negarapakatanrakyat.com, Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng, telah bersetuju untuk melaksanakan gaji minimum RM 1500 kepada semua pekerja negeri terbabit bermula Januari 2017.

Turut bersama-sama membuat keputusan seperti itu ialah negeri Selangor, yang berdasarkan pembentangan Belanjawan Alternatif 2017 oleh gabungan Pakatan.

Dilaporkan, Kerajaan DAP negeri P.Pinang akan menambah belanjawan negeri masing-masing bagi membolehkan subsidi diberikan kepada setiap majikan yang berdaftar, agar dapat membayar jumlah gaji minimum tersebut.

Portal terbabit juga menjelaskan, kerajaan negeri Pakatan iaitu P.Pinang dan Selangor diyakini dapat menangani setiap majikan yang berdaftar agar mematuhi arahan kenaikan gaji minimum tersebut.

Manakala jika terdapat syarikat yang gagal melaksanakan arahan tersebut, pihak kerajaan negeri akan menarik kembali lesen operasi yang diberikan kerana ianya hak kerajaan negeri, ujar mereka lagi.

Didalam belanjawan alternatif yang dibentangkan oleh Pakatan Pembangkang dua hari lepas, mereka mencadangkan supaya kerajaan menaikkan gaji minimum sebanyak RM 1500 kepada semua pekerja di seluruh negara.

Jika kerajaan Barisan Nasional mahu mengikuti langkah berkenaan, pihak kerajaan harus menambah peruntukan sebanyak RM 4.98 billion bagi memuaskan hati Pakatan pembangkang. – Utaranews

One thought on “#Bajet2017 : Guan Eng Akan Laksanakan Gaji Minimum RM1500 Di P.Pinang

  1. dulu kemain bantah perlaksanaan gaji minimum dengan alasan menekan majikan, takut pelabur lari.. ini dah lain pulak..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s