Sentimen Perkauman Dan Agama Tidak Perlu Dipolitikkan

sentimen-perkauman

Sentimen perkauman dan agama tidak seharusnya dipolitikkan untuk kepentingan mana-mana pihak dalam PRU14 akan datang. Perkara ini ditegaskan DS Syed Ali Alhabshee, hal ini dilihat dapat mengelirukan dan mencetuskan ketegangan kepada masyarakat kerana negara Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan agama.

Parti pembangkang sering dilihat menggunakan sentimen ini untuk berpolitik, sedangkan perkara yang dimainkan mereka akan memberi kesan negatif kepada rakyat. Menurut Syed Ali, semua pihak terutama pemimpin parti politik perlu mengutamakan perpaduan antara kaum dan mengamalkan sikap bertolak ansur bagi menjamin kesejahteraan dan keamanan rakyat.

Terutamanya DAP, mereka perlu mengubah cara berpolitik menjelang PRU14 kerana mereka dikatakan cuba menggunakan nama NGO sebagai medan untuk mempolitikkan isu agama dan perkauman. Akibat terkeliru dengan semua ini, ada segelintir pihak yang bukan beragama Islam mempertikaikan syariat Islam.

Disebabkan pengaruh DAP yang rasis, ia juga menguji tahap kesabaran kaum melayu. Tak mustahil akan ada pergaduhan besar disebabkan hal ini. Jadi menjelang PRU14 politik, menggunakan sentimen perkauman dan agama untuk berpolitik perlu dihentikan segera demi menjaga keharmonian kaum di negara Malaysia..

Islam juga merupakan agama rasmi dan sudah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Jadi semua kaum perlu menghormati dan tidak perlu dipersoalkan lagi. Selama ini kerajaan tidak menghalang kaum lain untuk mengamalkan ajaran masing-masing kerana mengamalkan hak kebebasan untuk beragama.

Sekiranya pembangkang terus membawa isu perkauman, negara dilihat akan mengalami krisis perkauman ataupun etnik. Perkara ini juga akan merosakkan ekonomi negara kerana pelancong asing akan merasa tidak selamat untuk berkunjung ke Malaysia kerana rakyatnya bermusuhan sesama sendiri.

Jangan disebabkan politik, keistimewaan rakyat Malaysia yang bersatu tanpa mengira warna kulit akan pupus. Walaupun UMNO memperjuangkan melayu, tetapi perjuangan mereka merentasi sempadan kaum. Kerajaan BN sentiasa prihatin kepada rakyat tanpa mengira kaum dan etnik sejak dari dulu lagi.

Pembaharuan cara berkempen perlu dilakukan menjelang PRU14 untuk memberi keyakinan yang lebih untuk rakyat. Tidak perlu menggunakan isu perkauman untuk meraih undi pada PRU kerana hari ini, rakyat mahukan parti yang mampu membantu dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi mereka. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s