Sejak Bila DAP Bantu Orang Melayu Terpinggir Dan Mundur Di P.Pinang?

2-copy

Ketua Pemuda UMNO negeri P.Pinang, Rafizal Abdul Rahim hari ini membidas kenyataan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang cuba menipu rakyat tentang kebaikan DAP di P.Pinang.

Lim Kit Siang dalam satu kenyataanya sebelum ini menyatakan bahawa DAP khususnya di P.Pinang, berpendirian akan sentiasa membantu orang melayu yang mundur dan terpinggir.

Bapa kepada Ketua Menteri P.Pinang itu juga mendakwa, DAP tak pernah memilih bulu didalam memberikan bantuan terhadap rakyat yang memerlukan.

Rafizal menempelak Lim Kit Siang yang dianggap ‘cakap tak serupa bikin’, serta cuba mengelirukan rakyat negara ini dengan cerita salah tentang sikap DAP yang sebenar.

Ketua Pemuda UMNO negeri itu juga menasihatkan Kit Siang, supaya belajar malu pada diri sendiri dan belajar untuk bercakap yang benar di usia yang sudah semakin tua nya.

Rafizal menjelaskan, rakyat seluruh negara tahu tentang perangai kerajaan DAP P.Pinang yang sering menganggu peniaga melayu yang berniaga secara kecil-kecilan di negeri ini.

Selain itu, Rafizal mempertikaikan bagaimana yang dikatakan DAP sentiasa membantu orang melayu jika barang perniagaan peniaga kecil dirampas, hinggakan peniaga di bazar ramadan juga diganggu?

Rafizal turut menempelak sikap kerajaan DAP negeri yang menghapuskan banyak kampung-kampung melayu tanpa pampasan yang sewajarnya di P.Pinang.

Apakah ini yang dikatakan pendirian DAP didalam membela nasib orang melayu terpinggir dan mundur? soal Ketua Pemuda negeri tersebut.

DAP kini terdesak untuk meraih semula sokongan dari orang melayu selepas PAS bertindak keluar dari Pakatan pembangkang. Kenyataan Lim Kit Siang tersebut dilihat salah satu cubaan untuk mengumpan simpati bangsa melayu agar kembali menyokong DAP. – BigB/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s