PAS Gesa Seluruh Ahli Dan Penyokong Boikot Bersih 5

3-copy

Walaupun ada pihak yang terdesak menggunakan nama Allahyarham Nik Aziz bagi menghalalkan Bersih 5, ia dianggap tidak mungkin akan berjaya mempengaruhi ahli serta penyokong PAS.

Naib Presiden parti Islam tersebut, menegaskan ahli-ahli PAS tak akan terpedaya dengan usaha-usaha jahat pihak terbabit untuk mengelirukan mereka.

Menurut Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, pendirian PAS sangat jelas didalam menolak untuk menyertai Bersih 5. Begitu juga dengan pendirian ahli-ahli serta penyokong PAS.

Beliau juga menolak kenyataan Husam Musa yang menyatakan Allahyarham Nik Aziz mewajibkan PAS menyertai setiap demonstrasi Bersih, kerana ia dianggap sebagai langsung tidak relevan.

Nik Amar menjelaskan, kenyataan Nik Aziz dahulu hanyalah berdasarkan keadaan politik di masa tersebut. Ia tidak terpakai pada ketika ini kerana PAS sudah memutuskan hubungan dengan pembangkang, khususnya DAP.

Selain itu, beliau juga menjelaskan bahawa PAS menolak demonstrasi jalanan anjuran Bersih 5 kerana ia tidak selari dengan perjuangan yang dibawa oleh parti Islam tersebut.

Oleh itu beliau yakin seluruh ahli serta penyokong PAS sedia maklum dengan pendirian parti dengan memboikot demonstrasi Bersih 5 yang bakal dianjurkan nanti.

Keengganan PAS untuk menyertai demonstrasi Bersih sejak siri keempat tahun lalu, menyebabkan demonstrasi untuk menggulingkan kerajaan tersebut tidak mendapat sambutan khususnya dari orang melayu.

Sebab itulah pihak pembangkang, terutamanya DAP berusaha sedaya upaya untuk menghasut ahli serta penyokong PAS agar kembali semula menyertai Bersih 5. – BigB/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s