Mukhriz Buat Tuduhan Palsu Terhadap Kerajaan Negeri Kedah

mukhriz-buat

Majlis santai Anak Muda siri kedua telah berlangsung di Dewan Kenchana Langkawi Lagoon. Seperti biasa majlis yang dianjurkan oleh DS Mukhriz Mahathir sudah pasti mahu memburukkan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Beliau hadir pada majlis itu bersama dengan penyokong setia PPBM, iaitu Syed Sadiq.

Dalam ceramah beliau di sana, Mukhriz ada menyentuh mengenai tanah di sekitar Langkawi. Kononnya kerajaan negeri Kedah mahu menjual tanah Dataran Lang dan Taman Chogm kepada pihak luar kerana ingin membina kondo-kondo mewah di persisiran pantai di sana. Beliau juga menyelar kerajaan negeri kerana ingin mengambil tindakan seperti itu.

Dakwaan palsu yang cuba dicanangkan kepada penduduk Langkawi itu tidak relevan kerana kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan kenyataan mahu menjual tanah di kawasan tersebut.. Tambahan lagi, Dataran Lang adalah tempat kebanggaan penduduk setempat dan menjadi tarikan pelancong apabila berkunjung ke negeri Kedah.

Mustahil kerajaan negeri akan bertindak bodoh seperti kenyataan Mukhriz itu, sedangkan kawasan yang dikatakan itu boleh memberi banyak manfaat kepada negeri Kedah. Kawasan Langkawi juga semakin pesat membangun dengan adanya tempat seperti itu..

Tuduhan palsu Mukhriz dilihat untuk menarik minat penduduk setempat mendengar ceramah beliau dan meyakinkan rakyat supaya memilih PPBM sebagai parti baru bagi mentadbir Kedah. Ini semua hanya propaganda PPBM untuk memburukkan kerajaan negeri, sebaliknya apa yang cuba dimomokkan itu tidak benar sama sekali.

Tujuan Mukhriz mengadakan majlis seperti ini bukan untuk mengambil tahu masalah rakyat dan keperluan mereka. Tetapi lebih kepada seruan untuk rakyat Kedah memilih PPBM pada PRU14 nanti. Sekarang beliau sanggup meredah laut untuk bertemu rakyat dan membawa cerita-cerita palsu untuk didendangkan.

Tuduhan yang dinyatakan Mukhriz juga digunapakai untuk menabur benih kebencian rakyat Langkawi kepada kerajaan negeri. Nampak sangat yang Mukhriz dah semakin terdesak untuk kembali berkuasa di Kedah.. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s