Mahfuz Gelar Perdana Menteri Sebagai Penyeluk Saku

1a-copy

Hanya kerana enggan memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)…. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus digelar sebagai penyeluk saku oleh Dato’ Mahfuz Omar! Ehhhh.. Apa pulak kena mengenanya dengan penyeluk saku??

Hasil daripada kutipan cukai GST yang dikenakan itu, akhirnya akan disalurkan semula untuk kebajikan rakyat jelata… Bukannya masuk poket sendiri seperti yang didakwa Mahfuz. Ahli Parlimen Pokok Sena itu sebenarnya tak puas hati dengan kenyataan ‘tanpa GST ekonomi negara akan lumpuh’.

Mungkin Mahfuz ni tak ‘alert’ dengan kegawatan ekonomi negara sekarang… Jika dia sedar, pastinya dia akan memahami dan faham kebaikan cukai GST ni… Selain dapat membantu meningkatkan ekonomi negara… GST juga dapat membantu menampung kecacatan ekonomi.

Kononnya Najib ni hanya memikirkan cara mudah untuk mendapatkan sumber kewangan… Selain dituduh memeras wang rakyat… Najib juga dituduh menjadi penyeluk saku paling professional sekali di negara ini.

Kredibiliti perdana menteri juga dipertikaikan oleh Mahfuz… Kononnya tak bersifat ‘pro rakyat’ tapi lebih kepada sikap ‘peras rakyat’…. Habis yang si Mahfuz tu professional sangat la?? Nama je anggota PAS tapi dok pi tolong geng DAP… Ape cer bebb?! Tak sedar ke diri tu mengkhianati parti sendiri… Dah tu nak sekolahkan orang lain pulak!

Tak timbul langsung isu nak menakut-nakutkan rakyat dengan isu ekonomi bakal runtuh jika tanpa GST… Kenyataan Najib adalah benar… Korang patut bersyukur sebab negara kenakan 6 peratus sahaja GST, kalau nak dibandingkan dengan negara lain yang jauh lebih tinggi cukai GST dorang.

Tuduhan Mahfuz semakin keterlaluan apabila turut menggelarkan parti UMNO dan BN sebagai kerajaan kongsi gelap… Konon nak menghalalkan tindakan kerajaan yang ‘memeras’ wang rakyat… Ehhh, Gomez rasa Mahfuz ni silap sekolahkan orang ni.

Sepatutnya Mahfuz pi sekolahkan geng Pakatan Harapan nuh… Sebab dorang tu yang tak jaga kebajikan rakyat… Sampai ada yang nak kena mandi kat tol Lekas… Ada yang jadi kaya raya sampai beli rumah banglo dengan harga murah.

Projek berlambak-lambak tapi tak dilaksanakan dengan betul… Bantuan pada rakyat pun kena ada tips… Jadi mana satu yang memeras wang rakyat?? Kebajikan yang sepatutnya menjadi hak rakyat… Pakatan Harapan tak laksanakan dengan betul… Jadi mana satu yang salah??

Ekonomi negara akan runtuh jika adanya geng Pakatan Harapan yang sering memeras wang rakyat demi perlindungan, amalkan rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan sebagainya. Mahfuz patut ceramahkan orang dalam kainnya dulu sebelum nak sibuk selak kain orang.

Akibat kebodohan geng pembangkang ni, rakyat pulak yang menanggung derita… Mahfuz patut tuntut kerajaan yang bersih dari puak pembangkang dahulu… Sia-sia kalau sertai kumpulan Bersih kalau diri sendiri terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s