Kerajaan DAP Penang Bangga Kumpul Belanjawan Tahunan Sambil Abaikan Kebajikan Rakyat

7-copy

Guan Eng hari ini dengan angkuh mengatakan, P.Pinang mencatatkan lebihan belanjawan tahunan sebanyak RM574 juta berbanding Malaysia sebanyak RM373 juta.

Ketua Menteri P.Pinang itu mendabik dada dengan menyatakan bahawa kerajaan DAP negeri P.Pinang kini menerajui negeri-negeri lain, malahan negara Malaysia didalam pentadbiran yang cekap serta efisyen.

Malangnya, rakyat negeri ini melihat lebihan belanjawan tahunan yang dikemukakan oleh Guan Eng tersebut adalah hasil dari hak rakyat yang tidak dibelanjakan.

Apa gunanya lebihan belanjawan negeri, jika keperluan asas rakyat masih terabai serta kebajikan yang dijanjikan kepada golongan miskin tidak ditunaikan?

Sejak DAP memerintah negeri P.Pinang, cukai yang dikenakan kepada rakyat semakin meningkat berkali ganda. Tak cukup dengan cukai pintu, surcaj air dinaikkan sehingga 3 kali dari tahun 2007.

Selain itu, penyediaan rumah untuk rakyat termiskin dan juga golongan berpendapatan rendah, langsung tidak diutamakan oleh kerajaan pimpinan Lim Guan Eng.

Bantuan-bantuan kebajikan juga diabaikan sehingga ada aduan dari rakyat yang menyatakan, hendak memohon bantuan kaki palsu dari kerajaan negeri pun terpaksa menunggu bertahun-tahun lamanya.

Apalah guna surplus belanjawan tahunan yang dibanggakan sangat oleh Guan Eng, jika hak rakyat bawahan di negeri ini ‘dirampas’ dari mereka.

Tak perlulah Guan Eng dan kerajaan DAP negeri tunjuk lagak dengan duit simpanan yang banyak, sedangkan rakyat golongan rendah di P.Pinang makin terhimpit di negeri sendiri. – BigB/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s