Kenapa Sampai Sekarang PPBM Enggan Ulas Mengenai RUU 355??

4a-copy

Pelik…. Menghairankan…. Membingungkan… Kenapa sehingga sekarang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) enggan untuk mengulas dan memberi sebarang respon terhadap Rang Undang-Undang 355 (RUU 355)??

Sampai sekarang dorang asyik membisu je… Takde keluar kenyataan apa pun pasal RUU 355 yang diusulkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang… Adakah ini bermakna dorang taknak masuk campur hal tersebut??

Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin mengibaratkan sikap lepas tangan PPBM bukti bahawa kewujudan parti tersebut hanyalah hiasan dalam politik.

Bukan tu je… Nampak sangat yang PPBM sekarang ni takde hala tuju dan kacau bilau!! Jelas kewujudan dorang hanyalah bermotifkan pembalasan dendam, marah, benci dan hasad dengki.

Pelik, pemimpin PPBM semuanya orang Islam tapi takde sekor pun yang beri respon mengenai isu ini… Dorang pilih untuk kunci mulut dan abaikan!! walaupun beberapa kali didesak untuk memberi maklum balas mengenai RUU 355..

Apa yang menjadi persoalannya sehingga kini, pemimpin Islam dalam PPBM tu dok sibuk raih simpati dan kumpul ahli… Tapi tanggungjawab dorang sebagai orang Islam dalam memberi respon terhadap RUU 355, tak dilaksanakan.

Dorang setuju atau pun tidak?? Sehingga kini masih belum terjawab… Mungkin PPBM tak mahu luaskan fungsi dan bidang kuasa Mahkamah syariah, dalam menangani perlakuan jenayah syariah di kalangan umat Islam kot.

Yela, sebab dorang kan dah jadi sekutu DAP sekarang ni… Mestilah PPBM nak jaga kroni-kroni DAP tu.. Tindakan PPBM ini jelas menunjukkan parti dorang tu bukan nak perjuangkan kebajikan dan kepentingan rakyat sangat.

Dorang cuma nak balas dendam… Dan nak buat rampasan kuasa… Menggulingkan pemimpin sedia ada, serta memusnahkan parti pihak lawan!! Memang tu je agenda dorang, sebab tu isu lain dorang buat tak peduli. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s