Guan Eng Tuduh Malaysia Negara Paling Banyak Rasuah

Dengan perasaan tak sedar diri dan tak tahu malu, Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng seringkali menghasut rakyat kononnya negara ini merupakan negara yang paling korup didalam dunia.

Setiausaha Agung DAP tersebut mahu rakyat hilang percaya terhadap kepimpinan kerajaan, dan juga dia mahu imej kerajaan hancur didalam serta diluar negara.

Tetapi realitinya, rakyat menyedari bahawa sebenarnya Guan Eng dan pemimpin-pemimpin Pakatan yang terlibat dalam rasuah.

Guan Eng sendiri sedang dibicarakan di mahkamah atas dakwaan rasuah dan salahguna kuasa berkenaan pembelian sebuah banglo dengan harga yang tak munasabah.

Jika Guan Eng menuduh Malaysia sebagai negara yang korup, ia bermakna orang-orang seperti dirinya yang menyumbang kepada pertumbuhan rasuah didalam negara.

Tanpa orang seperti Guan Eng, Malaysia pastinya bebas dari gejala rasuah, serta negara akan bebas dari pemimpin yang sering menyalahgunakan kuasa demi kepentingan sendiri.

Laporan Indeks Persepsi Rasuah bagi tahun 2015 yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI) jelas menunjukkan bahawa Malaysia berada di tangga ke-54, paling bersih dari rasuah berbanding dari 168 negara didunia.

Mungkin Guan Eng terlepas pandang dengan laporan yang dikeluarkan oleh TI ini, memandangkan beliau sangat sibuk untuk memikirkan kes rasuahnya di mahkamah.

Namun ia menjadi bukti bahawa kepimpinan Perdana Menteri DS Najib Razak berjaya didalam usaha menjadikan negara ini bersih dan dipercayai oleh pelabur asing.

Walaupun sering dikritik oleh Guan Eng dan DAP, kerajaan BN berjaya mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara bagi menjamin kehidupan yang lebih baik untuk rakyat. – BigB/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s