Guan Eng Tuduh Kerajaan Zalim Hapuskan Subsidi Minyak Masak

6-copy

Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng hari ini mendakwa kerajaan BN pimpinan DS Najib Razak menindas orang miskin apabila menghapuskan subsidi minyak masak.

Guan Eng dalam satu kenyataan medianya mendakwa, golongan miskin yang tertekan dengan cukai GST akan lebih terbeban dengan tindakan kerajaan tersebut

Guan Eng turut mendakwa, kerajaan pusat lebih mementingkan kutipan cukai dan mendengar keluhan rakyat dan tanpa memperdulikan nasib rakyat bawahan.

Tetapi Guan Eng lupa apa yang dilakukan oleh kerajaan DAP yang diketuai olehnya di P.Pinang. Dia dan regim DAP langsung tak memperdulikan rakyat berpendapatan rendah, apabila menaikkan pelbagai cukai perkhidmatan asas di negeri itu.

Dimanakah sikap prihatin kepada rakyat miskin Guan Eng dan kerajaan DAP negeri apabila menaikkan surcaj air, cukai pintu serta cukai katil sepanjang pemerintahan mereka??

Guan Eng dan kerajaan DAP tidak pernah peduli tentang kenaikan kos yang terpaksa ditanggung oleh rakyat dengan kenaikan cukai di P.Pinang. Jika dibandingkan dengan cukai minyak masak, cukai yang dikenakan oleh Guan Eng jauh lebih besar bebannya kepada rakyat.

Kadar surcaj air dinaikkan sebanyak 3 kali di P.Pinang, sejak Guan Eng menjadi Ketua Menteri dan DAP dilantik sebagai kerajaan untuk mentadbir negeri ini.

Cukai taksiran bagi kediaman pula dinaikkan sehingga 14 peratus sehingga rakyat golongan rendah dan sederhana rendah, berasa terbeban dengan kadar cukai yang tinggi setiap tahun.

Begitu juga dengan cukai katil yang dikenakan terhadap pengusaha hotel di P.Pinang. RM2 dikenakan bagi setiap katil hotel bertaraf 3 bintang kebawah, dan RM3 dikenakan jika hotel 4 bintang ke atas.

Guan Eng sepatutnya melihat negeri jajahannya sendiri terlebih dahulu, sebelum menunding jari tentang pihak lain. Jika negeri sendiri pun dia tak tahu tadbir dengan baik, tak perlulah nak sibuk dengan hal orang. – BigB/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s