Diana Danielle Jadi penyanyi Kerana Kurang Tawaran Berlakon

Sebelum ni pelakon kacukan mat saleh, Diana Danielle pernah tercalit dengan kontroversi panas di mana beliau dikecam teruk kerana memakai bikini untuk menjadi cover sebuah majalah.. Masa tu dia hanya memakai baju dalam dan skirt ketat.. Badannya pulak dibaluti dengan bendera Amerika Syarikat.. Memang seksi habis u’olls!

Sampaikan suaminya, Farid Kamil pun speechless dengan tindakan berani isterinya bergambar macam tu.. Sejak kontroversi tu, Miss tengok Diana pun dah slow dalam lakonan.. Dah tak laku berlakon ke?? Tertanya-tanya jugak Miss apa perkembangan terbarunya??

Tup-tup hari ni keluar cerita, yang Diana bakal mengeluarkan single pertama dalam masa terdekat.. Single pertamanya berjudul Tentang Kita, berentak reggae u’olss.. Reggae bagai! Lagu tu pun dicipta dan digubah oleh komposer terkenal DJ Fuzz..

Amboii Diana.. Nak jadi penyanyi pulak dah.. Kenapa yer? Dia nak jadi penyanyi sebab dah tak laku berlakon ke?? Kalau korang nak tahu, Diana memang dah lama simpan hasrat nak menjadi penyanyi pun selama ni..

Sebelum ni pun dia pernah diberi peluang untuk menyanyi ost bagi filem Kami Histeria.. Sesiapa yang pernah dengar lagu tu, korang rasa sedap ke suara Diana?? Bagi Miss, suara Diana bukannya sedap mana pun.. Lebih kurang macam Fazura! Menyanyi tak ada nada, syok sendiri jer lebih.. Hahaha.. – MissHana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s