Banjir Lumpur Di Bayan Lepas Akibat Dari Penerokaan Bukit Secara Tak Terkawal

1-copy

Sejak kerajaan DAP memerintah negeri P.Pinang, banjir sudah menjadi perkara biasa bagi penduduk-penduduk di negeri ini khususnya di kawasan Balik Pulau, Bayan lepas serta Jelutong.

Kebanyakan banjir berpunca dari sistem perparitan yang tidak dikawal selia dengan baik oleh kerajaan negeri, serta hasil penerokaan bukit dikawasan sekitar.

Jika dahulu hujan lebat yang turun tidak menjadi masalah kepada penduduk, kini ianya seolah-olah igauan ngeri apabila setiap kali hujan lebat pastinya akan disusuli dengan banjir kilat.

Lebih malang lagi, kawasan-kawasan penempatan di lereng-lereng bukit pula berdepan dengan masalah banjir lumpur yang teruk sehingga menyukarkan kehidupan seharian penduduk kawasan terbabit.

Semalam dilaporkan banjir lumpur sekali lagi berlaku di Bayan Lepas. Jalan-jalan di kawasan Taman Bayu Nyaman dipenuhi lumpur, serta tanah merah yang turun dari bukit berhampiran.

Menurut penduduk taman tersebut, tanah merah yang turun bersama air hujan dari atas bukit bertakung di atas jalan dan lambat untuk dibersihkan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Hasil tinjauan mendapati, tanah merah yang dimaksudkan dibiarkan berkumpul atas jalan hingga menyebabkan penduduk di kawasan tersebut terpaksa memilih laluan lain untuk urusan harian.

Penduduk kawasan berkenaan juga kesal dengan pihak kerajaan DAP negeri yang membiarkan penerokaan bukit secara melampau, sehingga merosakkan kawasan tadahan air disitu.

Inilah hasil dari kerakusan kerajaan DAP negeri yang sibuk menjajah tanah negeri tanpa memperdulikan kebajikan rakyat dan kesan terhadap alam sekitar.

Slogan ‘Cleaner, greener Penang’ yang sering dilaung-laungkan Ketua Menteri Lim Guan Eng kini boleh lah dibuang jauh-jauh kedalam laut, kerana sudah tidak lagi berguna di negeri ini. – BigB/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s