Anak Nik Aziz Tak Kisah Dengan Nama “Hot Dog”

4-copy

Kecoh dalam sehari dua ini dengan bantahan dari orang ramai mengenai peraturan baru Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenai nama makanan popular, iaitu Hot Dog.

Jakim sebelum ini mengarahkan kedai pretzel francais Auntie Anne menukar nama ‘Pretzel Dog’ kepada ‘Pretzel Sosej’, bagi membolehkan kedai tersebut menerima sijil halal.

Isu tersebut telah menarik perhatian Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang menganggap ia sepatutnya tidak menimbulkan apa-apa masalah kepada umat Islam.

Menurut anak bekas Mursyidul Am PAS tersebut, isu sebenar yang harus ditekankan oleh Jakim adalah bukan pada nama makanan, tetapi banyak lagi aspek yang perlu dipertimbangkan didalam soal pemberian sijil halal.

Nik Abduh menjelaskan bahawa apa-apa nama pun tak mengapa, asalkan kandungannya adalah halal. Tetapi syarikat-syarikat makanan jangan lah sengaja menggunakan nama yang boleh mengelirukan umat Islam, ujar beliau.

Pemimpin PAS tersebut juga berpendapat, tiada masalah jika pengusaha makanan menggunakan istilah ‘hot dog’ untuk menerangkan produk makanan berasaskan sosej.

Beliau menerangkan, istilah ‘dog’ dalam konteks itu tidak sepatutnya menjadi masalah kerana ia telah diguna pakai secara meluas sejak dahulu lagi untuk menggambarkan hidangan sosej yang dimasak.

Bagaimanapun Nik Abduh menasihatkan pengusaha Auntie Anne merujuk semula kepada Jakim, dan meminta penerangan lebih terperinci mengapa ‘Pretzel Dog’ tidak dibenarkan oleh Jakim.

Isu mengenai Hot Dog ini dimulakan oleh Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) yang menganggap makanan atau menu menggunakan nama ‘anjing’ boleh mengelirukan umat Islam. – BigB/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s