Pekin Ibrahim kini serius bercinta dengan Model cantik di London.

Amboi, memang betul-betul tukar sepenuhnya citarasa Pekin Ibrahim terhadap wanita bila putus tunang dengan Uqasha Senrose.. Kali terakhir, mendapat berita Pekin putus tunang dengan Uqasha..

Dah lama tak dengar khabar berita Pekin menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana wanita.. Ada pihak yang mendakwa Pekin patah hati dan masih lagi tak boleh nak ‘move on’..hahaha..

Tak payah nak patah hati sangat la Pekin, Uqasha siap boleh tukar kekasih macam tukar baju je.. Pekin nak patah hati sangat dah kenapa? Tapi, ada khabar angin bertiup kencang, hati Pekin sedang berbunga-bunga..

Wanita yang dah berjaya membuka pintu hati Pekin itu berasal dari luar negara.. Hubungan yang terjalin antara Pekin dengan wanita luar negara itu sudah pun terjalin lebih dari setahun..

Wanita itu berasal dari London dan hubungan antara mereka sudah pun dalam fasa yang agak serius.. Malah, kekasih Pekin adalah seorang Model di London.. Jangan duk fikir model seksi pula..

Pekin maklumkan kekasihnya itu sudah pun memeluk agama Islam.. Bukan memeluk agama Islam sewaktu pasangan ini tengah hangat bercinta.. Tapi, sebelum mereka bercinta pun kekasihnya itu sudah memeluk agama Islam.. Nama Islam kekasih Pekin adalah Iman,

Tak sabar rasanya nak tengok kekasih ‘minah salleh’ Pekin, berubah citarasa terhadap gadis Melayu bila putus tunang dengan Uqasha.. Apapun, yang pasti gadis London semestinya cantik dan akan dapat anak campuran ‘mat salleh’ kalau berkahwin nanti.. MissA/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s